Dikala kamu menghadapi masalah berdoalah kepada ALLAH SWT yang satu , berselawatlah ke atas Nabi Muhammad saw , Peluklah sahabat karibmu iaitu AL-quran , bacalah ayat ALLAH SWT kerana itulah masa untuk ALLAH bercakap dengan kamu . masa itulah kita mendengar kata-kata semangat di dalam AL-Quran . Jika kita ingin meluahkan perasaan yang amat perit yang kita lalui . mengadulah padaNYA dan bercakap lah denganNYA dengan bersujud kepadanya . IN SHAA ALLAH , ketenangan yang kita tercari-cari akan bertemu dek hati yang sedang mencari dimanakah ketenangan itu . Bahkan Ketenangan yang tersembunyi selama ini akan menunjukkan dirinya kepada kita dan menjadi sahabat kita . Ketenangan itu adalah kebahagiaan yang tidak dapat dinilai dengan mata kasar . Ketenengan itu lah yang dikurniakan oleh ALLAH swt kepada kita . MasyaALLAH , Allah membantu kita dimana jika kita menghadapi kesusahan . kita menangis dan berkata "ya ALLAH , bantulah aku , tenangkan lah aku . Adakah ENGKAU mengujiku ya ALLAH ? ya , memang ALLAH menguji kita sebab ALLah sayang kita . sebab ALLAH ambil perhatian dan caring kepada kita .
Kisah orang beramal soleh : ketika 3 hari beliau merasakan beliau tidak di beri dugaan oleh ALLAH swt . Beliau berdoa dan berkata "ya ALLAH , apakah engkau sudah tidak mengambil peduli akan aku ya ALLAH . Hal inilah menunjukkan betapa orang beramal soleh merasakan ALLAH sayang kepadanya . ALLAH sangat mengambil tentang hambanya . Wahai sahabat , janganlah kamu bersedih . Kamu patut gembira kerana kita masih lagi mendapat perhatian daripada ALLAH swt . Di dunia ini , kita tidaklah selalu gembira . kita mestilah melengkapi bulatan kehidupan yang merangkumi kegembiraan dan kesedihan . Dan apa yang mampu kita lalukan adalah BERDOALAH kepada ALLAH swt .